Semakan Mata Keahlian



TERMA & SYARAT

1       KEAHLIAN KAD G-MART & LONGWAN

Kad G-mart / Longwan dikemukakan oleh Longwan Trading Sdn.Bhd. sebagai kad yang memberi manfaat kepada pelanggan-pelanggan kami yang dihormati untuk mengumpulmata ganjaran untuk mendapat baucar tunai dan membeli barangan yang terpilihdengan harga ahli.

Kad G-mart / Longwan anda tidak boleh digunakan sebagai Kad Debit atau Kad Caj.

Warganegara Malaysia dan warganegara asing yang berumur 18 tahun ke atas layak untuk  memohon Kad G-mart / Longwan.

Pemohon diminta mengisi butir-butir peribadi dengan lengkap dan mengembalikan borang pendaftaran di cawangan untuk diproses Kad G-mart / Longwan.

Kad G-mart / Longwan hanya boleh digunakan oleh pemilik kad sahaja.

Ahli mesti menunjukkan Kad G-mart / Longwan kepada juruwang sebelum membuat pembayaran untuk menikmati harga istimewa keahlian.

Bayaran pemprosesan permohonan baru dan pembaharuan kad G-mart / Longwan adalah sebanyak RM 5.00 untuk setiap satu (1) tahun ATAU dengan pembelian RM 100.00 ke atas dalam satu resit, permohonan baru dan pembaharuan keahlian adalah PERCUMA.

Bayaran RM 10.00 akan dikenakan untuk setiap permohonan yang membuat penggantian kadbaru yang disebabkan kehilangan,kecurian,atau kerosakan kad G-mart / Longwan.

Longwan Trading Sdn.Bhd. tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian disebabkan kesalahan penggunaan kad G-mart / Longwan.

 

2.0 Longwan Trading Sdn.Bhd. mempunyai hak untuk mengubah, menolak mata ganjaran atau membatalkan kelayakan keahlian pada bila-bila masa tanpa notis atas sebab-sebab :

(i)                Kesilapan semasa merekod mata ganjaran.

(ii)              Disyaki atau didapati berlaku penipuan /ketidakjujuran semasa penggumpulan mata ganjaran.

(iii)            Pembatalan pembelian,penukaran atau pemulanganproduk.


2       MATAGANJARAN

Untuk setiap RM 2.00 yang dibelanjakan, satu (1) mata ganjaran akan dikumpul. Pengumpulan mata ganjaran dapat digunakan untuk menukar baucar tunai ( 200 mata = RM 1.00 Baucar Tunai). Semua mata ganjaran mestilah dituntut pada hari pembelian dengan resit yang sah sahaja. Longwan Trading Sdn. Bhd. berhak untuk mengubah kadar tersebut pada bila-bila masa.

Permohonan baru atau pembaharuan kad G-mart / Longwan layak mendapat 50 mata ganjaran PERCUMA dengan bayaran RM5.00. Mata ganjaran tersebut akan mengambil tempoh satu (1) hari untuk dikemaskini ke akaun ahli.

 

Mata ganjaran Kad G-mart /  Longwan adalah sah sehingga dua (2) tahun dari tarikh mata ganjaran yang dikumpulkan. Selepas dua(2) tahun,mata ganjaran akan dilupuskan selepas tempoh 3 bulan dari tarikh tamat keahlian.

 

Penebusan baucar tunai untuk tuntutan mata ganjaran hanya boleh dibuat pada setiap hari ISNIN dan hari KHAMIS sahaja di semua cawangan LONGWAN dan G-mart. Pihak cawangan LONGWAN dan G-mart tidak akan melayan sebarang penebusan baucar tunaisebelum dan selepas hari dan masa yang ditetapkan.

Kad G-mart / Longwan mesti ditunjukkan oleh semua pelanggan sebelum membuat sebarang transaksi untuk pungutan mata ganjaran di kaunter bayaran.Kegagalan menunjukkan Kad G-mart / Longwan, mata ganjaran tidak akan diambil kira.

Produk potongan harga,produk P.W.P, produk promosi dan produk  di kaunter sewa tidak akan diberi mata ganjaran.

 

Mata ganjaran yang dikumpul tidak boleh ditukar dengan wang tunai.

 

Ahli-ahli Kad G-mart / Longwan diminta menunjukkan kad pengenalan / passport bersama Kad G-mart / Longwan untuk tujuan penebusan semasa membuat tuntutan mata ganjaran.

3       UMUM

Longwan Trading Sdn.Bhd. mempunyai hak untuk menggunakan maklumat ahli-ahli Kad G-mart/ Longwan bagi tujuan pemasaran dan mempertingkatkan taraf perkhidmatan kami.

Longwan Trading Sdn.Bhd. mempunyai hak untuk meminta / meminda / menggantung /menamatkan segala program Kad G-mart / Longwan tanpa memberitahu dan segala kerugian tidak akan ditanggung.